BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

22.1.10

PEKELILING YAYASAN TM NO. BIL : 01/2010



Assalamualaikum and salam sejahtera.


YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/ Puan,


Sukacita Yayasan TM mempelawa anak-anak anggota Kumpulan TM dan pelajar-pelajar dari sekolah bantuan penuh kerajaan yang mendapat kelulusan akademik yang cemerlang dalam UPSR dan PMR tahun 2009 serta aktif dalam ko-kurikulum untuk memohon Biasiswa Kecil Yayasan TM. Permohonan adalah terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2010 sahaja.

Permohonan hendaklah  dibuat secara aplikasi dalam talian dengan melayari laman web Yayasan TM di alamat http://ytm.tm. com.my mulai 2Januari 2010. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Februari 2010. Bersama-sama ini disertakan iklan bagi permohonan Biasiswa Kecil Yayasan TM untuk rujukan.


Terima kasih  &  Salam hormat,

DR  ZAINAL ABU ZARIM
Setiausaha

Tema Pantun 1 : Buang Keluarga

Seiring dengan isu semasa, ramai anak-anak moden kini semakin berani membuang ibu bapa mereka. Sangat sedih bila mengenangkan ada yang sanggup meninggalkan bapa yang uzur di pusat hemodialisis. Terbaru paparan semalam di Harian Metro si anak sanggup menerajang bapanya kerana tidak memberikan wang seperti diminta...

Apalah nak jadi dunia sekarang... nak kiamat agaknya...
Oklah, sila-silakan membeli pantun ini di ruangan komen. jangan lupa letakkan nama anda.


Turun ke bendang tajaknya patah,
   Lagenda tersurat Bukit Siguntang;
Beras diendang tidak berantah,
   Mengapa melukut di tepi gantang?



tajak:sejenis alat yang digunakan untuk menebas rerumputan hingga ke akar-akarnya.

Pencarian Pemantun untuk segmen "Dalam Pantun Ada Makna"


“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”  


Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Tuan/puan warga baksus yang dikasihi,


Pencarian Calon Pemantun KPM terbuka kepada semua warga KPM khususnya ahli BAKSUS.
Seperti yang diketahui umum, Penyandang Juara Berpantun antara Kementerian diwakili oleh dua ahli Baksus.
Siapa lagi kalau bukan TYDP Baksus sendiri iaitu Cik Siti Zaileha A.Salam dan Puan Siti Norliayana Markuni.Oleh kerana kedua-duanya telah berkecimpung selama 5 tahun dan 3 tahun masing-masing sesuailah sekiranya bakat baru diberi peluang menceburi bidang ini.

Untuk peringkat permulaan, pihak BAKSUS telah mengambil inisiatif untuk membuka gelanggang berpantun kepada warga BAKSUS. Caranya mudah sahaja. Pihak Juri akan menjual pantun-pantun yang pernah dijual dalam Pertandingan Pantun Antara Kementerian sejak tahun 2003. Anda hanya perlu menjawab pantun yang dijual dalam ruangan komen. Pantun yang terpilih akan mendapat ulasan daripada juri.

Berikut adalah ciri-ciri pantun yang kami cari:
1. Pantun hanyalah jenis empat kerat dengan rima hujung baris mestilah berpolakan a,b,a,b.
2. Pantun mestilah mengikut tema dan menjawab pantun yang dijual.
3. Pantun haruslah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti politik atau perkauman ataupun berunsur porno.
4. Pantun mestilah asli dan tidak memplagiat mana-mana hasil pantun pihak lain.

Sila sertakan nama untuk memudahkan kami mengenalpasti pembeli pantun. Buat masa ini, BAKSUS tidak menyediakan sebarang hadiah kepada peserta yang responsif, tetapi mungkin boleh dibincangkan jika dipersetujui AJK Tertinggi Baksus.

Akhirnya, kami hidangkan pantun berkait dari buku Dalam Pantun Ada Makna untuk mencetuskan semangat tuan/puan sekalian.

Hendak sulur sulurlah daun
   Jangan meliar sampai ke atap
Hendak subur suburlah pantun
   Jangan tersasar merungkai adab

Jangan meliar sampai ke atap
   Palanglah kayu di atas para
Jangan tersasar merungkai adab
   Hilanglah ilmu asas pujangga


Penangguhan Perhimpunan DWI Bulanan BPM_28 Januari 2010

Tuan/Puan, Dukacitanya dimaklumkan bahawa Perhimpunan DWI Bulanan BPM terpaksa ditangguhkan sekali lagi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.. Berikut adalah tarikh baru bagi Perhimpunan DWI Bulanan BPM… Tuan/Puan adalah dijemput hadir…

Berita Dukacita Mengenai Warga BPM

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia,

Kepada semua rakan-rakan BPM, dukacita dimaklumkan warga BPM (Puan Zulraini bte Puteh) telah dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan yang dihadapi beliau.

Hospital : Putrajaya
Wad / Katil : Wad 2, Tingkat 2, Katil 22

Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau segera sembuh serta dapat menjalankan tugasnya semula.

Sekian.

Warga BPM menyambut kelahiran cahaya mata.

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Nor Azila bte Manap (UPRK) telah selamat melahirkan anak pertama seperti butiran di bawah :-

Bayi : Perempuan
Tarikh : 20 Januari 2010
Masa : 8.56 malam
Berat : 3.07 kg
Hosp : Hospital Pakar Az Zahrah, Bangi
(Wad Siti Rahmah, Tingkat 3)


Tahniah diucapkan.