BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

22.1.10

Tema Pantun 1 : Buang Keluarga

Seiring dengan isu semasa, ramai anak-anak moden kini semakin berani membuang ibu bapa mereka. Sangat sedih bila mengenangkan ada yang sanggup meninggalkan bapa yang uzur di pusat hemodialisis. Terbaru paparan semalam di Harian Metro si anak sanggup menerajang bapanya kerana tidak memberikan wang seperti diminta...

Apalah nak jadi dunia sekarang... nak kiamat agaknya...
Oklah, sila-silakan membeli pantun ini di ruangan komen. jangan lupa letakkan nama anda.


Turun ke bendang tajaknya patah,
   Lagenda tersurat Bukit Siguntang;
Beras diendang tidak berantah,
   Mengapa melukut di tepi gantang?



tajak:sejenis alat yang digunakan untuk menebas rerumputan hingga ke akar-akarnya.

8 comments:

  1. Ish xde sapa nak menyahut cabaran ni ..:P

    ReplyDelete
  2. tu ler... sedihnya saya... tak sabar nak jual pantun seterusnya...

    ReplyDelete
  3. Budak-budak main kotak,
    Main kotak tepi bendang,
    Saya bukan budak bijak,
    Tak faham melukut, tak faham gantang.

    ReplyDelete
  4. Budak hitam lagaknya nakal
    Curi kendi perigi basahan
    Bijak bukan lambangnya akal
    Hati budi jadi taruhan

    ReplyDelete
  5. Berjanji setia di pokok peria,
    Bersahabat baik bawa ke tua,
    Bersama membajak meneroka dunia,
    Hati mulia idaman nak dara,
    Budi nan baik dikenang jua,
    Kalau tak bijak masakan menongkat dunia.

    ReplyDelete
  6. Wah... wah... ni dah masuk pantun 6 kerat.. ok balik kepada subjek...

    Rasa nak tidur lelahnya badan
    Tikar pandan alas belikat
    Jasa ibu nyawa taruhan
    Dibayar dengan do'a nan berkat

    ReplyDelete
  7. Masa mewah janganlah alpa,
    Nanti kecewa dilambung masa,
    Jasa ayah usah dilupa,
    Membela keluarga memartabat bangsa.

    ReplyDelete
  8. Bintang tujuh sinar berseri ,
    Bulan purnama daang menerpa ,
    Ajaran ibu mesti ditaati ,
    Mana yg dpat jngan dilupa


    ReplyDelete