Pengikut
15.11.11
Berita Kelahiran Cahayamata
Labels:
Cahayamata,
Lintas Berita
10.11.11
Jemputan Walimatul Urus - Siti Zaileha A. Salam
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati.
Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati.
Pihak BAKSUS dengan penuh takzimnya mewakili
Saudari Siti Zaileha A. Salam (UPT)
menjemput semua warga BPM ke Majlis Perkahwinan beliau seperti berikut :
Tarikh : 20 November 2011 bersamaan 24 Zulhijjah 1432Hijrah
Masa : Jam 11.00 pagi – 5.00 petang
Bertempat di : Kg. Pt. Senah Pt Yaani, 83710 Yong Peng Johor.
Semoga kehadiran warga BPM akan memeriahkan lagi majlis ini dan diberkati Allah hendaknya.
Wassalam.
Labels:
Lintas Berita,
Walimah
4.11.11
Salam Aidiladha
Assalamu'alaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Kepada Semua Warga BAKSUS
Selamat menyambut Aidiladha 1432 Hijrah
Labels:
Ucapan
2.11.11
HARI KELUARGA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KPM akan menganjurkan sambutan Hari Keluarga KPM Tahun 2011 yang bakal dihadiri oleh YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran pada tarikh berikut:
Tarikh: 13 November 2011 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Dewan A, Malaysia Argo Exposition Park Serdang (MAEPS)
Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat kerjasama dan mewujudkan persefahaman serta semangat kerja berpasukan di kalangan warga KPM dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja melalui aktiviti-aktiviti sukan, rekreasi dan hiburan kepada warga termasuk keluarga.
Semua warga KPM digalakkan hadir bersama ahli keluarga bagi memeriahkan sambutan
Hari Keluarga KPM Tahun 2011.
Labels:
Lintas Berita,
Umum
25.10.11
Jemputan Walimatul Urus - Mohd Razis Bin Abd Rahman
Dengan penuh kerendahan hati BAKSUS mewakili Mohd Razis Bin Abd Rahman (UAPD) menjemput semua warga BPM ke Majlis Perkahwinan beliau pada :
Tarikh : Sabtu (29 Oktober 2011)
Bertempat : No. 1346, Blok 15 Felda Tunggal 81900 Kota Tinggi, Johor
Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan /Encik/Cik semua dapat menambah seri majlis serta diberkati Allah S.W.T.
Labels:
Walimah
1.10.11
JEMPUTAN KE SEMINAR KESEDARAN KESELAMATAN ICT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) 2011
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan mengenai perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan Seminar Kesedaran Keselamatan ICT KPM 2011 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 4 Oktober 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Auditorium Kompleks E, Putrajaya
3. Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan ICT di kalangan pengguna KPM.
4. Untuk makluman, seminar ini akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha, KPM. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan dan seluruh warga KPM dijemput menghadiri seminar ini. Bersama ini dilampirkan agenda seminar.
5. Di atas segala kerjasama Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

Subscribe to:
Posts (Atom)