Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan mengenai perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan Seminar Kesedaran Keselamatan ICT KPM 2011 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 4 Oktober 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Auditorium Kompleks E, Putrajaya
3. Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan ICT di kalangan pengguna KPM.
4. Untuk makluman, seminar ini akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha, KPM. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan dan seluruh warga KPM dijemput menghadiri seminar ini. Bersama ini dilampirkan agenda seminar.
5. Di atas segala kerjasama Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
No comments:
Post a Comment