Pengikut
24.2.11
Perhimpunan Dwi Bulanan BPM Bil 1/2011
Labels:
Lintas Berita
Berita Kelahiran Cahayamata
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
BAKSUS ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada..
yang telah selamat melahirkan cahayamata ketiga beliau pada
Tahniah diucapkan daripada seluruh warga BAKSUS.

Puan Norsyahliza Mohd Shah
(UPPDKS)
yang telah selamat melahirkan cahayamata ketiga beliau pada
Tarikh: 22 Februari 2011
Jantina: Perempuan
Masa Kelahiran: 4.20 petang
Berat: 2.7 kg
Tahniah diucapkan daripada seluruh warga BAKSUS.
Labels:
Lintas Berita
22.2.11
Senamrobik Anjuran MESCA
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Rekreasi Persatuan Sukan dan Kebudayaan Kementerian Pelajaran Malaysia (MESCA) akan menganjurkan Senamrobik MESCA.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Biro Rekreasi mempelawa semua ahli MESCA (lelaki dan wanita) untuk menyertai program tersebut seperti jadual dibawah. Sila kemukakan senarai nama ahli yang berminat kepada saya dan bayaran adalah percuma. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah menghubungi Pn. Fadilah Bt. Harun (88846112) untuk mendapatkan maklumat lanjut.
JADUAL SENAMROBIK
* Tertakluk kepada perubahan Tarikh dan Instruktor.
Sekian, terima kasih.
Labels:
Biro Sukan
19.2.11
Salam Perpisahan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tuan/Puan Warga BPM yang dihormati
Hari ini merupakan hari terakhir saya setelah berkhidmat di BPM, selama 3 tahun saya di sini, iaitu di Unit Aplikasi Pengurusan Pentadbiran (UAPT). Untuk makluman, saya akan memulakan tugas baru di Arkib Negara, Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bermula pada 21 Februari 2011.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga BPM terutama pihak pengurusan tertinggi, Tuan SUB, Tuan TSUB (SDKI), Puan TSUB (SAKN), di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Begitu juga kepada semua KPSU, khasnya KPSU UAPT – Puan Noraida Mohd Nadzir), yang banyak membantu dan memberi kerjasama serta kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan.
Kepada semua rakan-rakan UAPT, jutaan terima kasih diucapkan di atas kerjasama, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang berada di sini. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan buat semua warga BPM yang terlibat secara langsung mahu pun tidak dalam memberikan kerjasama ketika saya menjalankan tugas harian. Segala kenangan manis di BPM tidak mungkin saya lupakan walau dimana jua saya berada. (Tempat jatuh lagi kan dikenang, ini kan pula tempat pertama posting ).
Akhir kata, dengan rasa rendah hati saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata atau perbuatan samada disedari atau tidak, yang telah menyinggung hati dan perasaan rakan-rakan sekalian, sepanjang saya mengenali tuan/puan/saudara/saudari. Mohon dihalalkan juga segala makan minum dan ilmu yang telah dicurahkan kepada saya secara sengaja ataupun tidak. Terima kasih atas segala jasa baik semua terhadap saya.
Turut dimohon maaf kepada rakan-rakan yang tak sempat saya bertemu dan berjabat salam buat kali terakhir. Harap tiada yang berkecil hati.
Semoga hubungan silaturrahim yang telah terbina ini akan berkekalan selama-lamanya.
Sekian.
Wassalam..
SHARIDA MOHD YUSOF

Ucapan
18.2.11
Belasungkawa
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dukacita dimaklumkan, ibu kepada rakan kita Norrul Hissam Pa'wan (UAP) telah kembali ke rahmatullah ketika Subuh pagi ini (18/02/2011). Semoga roh allahyarham termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah S.W.T.
Sekian, harap maklum.
Al-Fatihah.
Dukacita dimaklumkan, ibu kepada rakan kita Norrul Hissam Pa'wan (UAP) telah kembali ke rahmatullah ketika Subuh pagi ini (18/02/2011). Semoga roh allahyarham termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah S.W.T.
Sekian, harap maklum.
Al-Fatihah.
Labels:
Lintas Berita
Berita Kelahiran Cahayamata
BAKSUS merakamkan Jutaan TAHNIAH kepada warga BAKSUS yang menerima cahayamata baru-baru ini seperti butiran berikut: -
Tahniah diucapkan daripada seluruh warga BAKSUS.
Cahayamata Pertama bagi
AB RAHMAN BIN AWANG (UAPD)
Tarikh: 27 Disember 2010
Jantina: Lelaki
Masa Kelahiran: 10.28 malam
Berat: 2.44 kg
Cahayamata Pertama bagi
HAMIDAH BINTI JAFAR (UAPD)
Tarikh : 30 Januari 2011
Jantina : Lelaki
Masa Kelahiran: 4.06 pagi
Berat : 3.15kg
Tempat : Hospital Putrajaya
Tahniah diucapkan daripada seluruh warga BAKSUS.
Labels:
Cahayamata,
Lintas Berita
Subscribe to:
Posts (Atom)