Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tuan/Puan Warga BPM yang dihormati
Hari ini merupakan hari terakhir saya setelah berkhidmat di BPM, selama 3 tahun saya di sini, iaitu di Unit Aplikasi Pengurusan Pentadbiran (UAPT). Untuk makluman, saya akan memulakan tugas baru di Arkib Negara, Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bermula pada 21 Februari 2011.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga BPM terutama pihak pengurusan tertinggi, Tuan SUB, Tuan TSUB (SDKI), Puan TSUB (SAKN), di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Begitu juga kepada semua KPSU, khasnya KPSU UAPT – Puan Noraida Mohd Nadzir), yang banyak membantu dan memberi kerjasama serta kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan.
Kepada semua rakan-rakan UAPT, jutaan terima kasih diucapkan di atas kerjasama, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang berada di sini. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan buat semua warga BPM yang terlibat secara langsung mahu pun tidak dalam memberikan kerjasama ketika saya menjalankan tugas harian. Segala kenangan manis di BPM tidak mungkin saya lupakan walau dimana jua saya berada. (Tempat jatuh lagi kan dikenang, ini kan pula tempat pertama posting ).
Akhir kata, dengan rasa rendah hati saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata atau perbuatan samada disedari atau tidak, yang telah menyinggung hati dan perasaan rakan-rakan sekalian, sepanjang saya mengenali tuan/puan/saudara/saudari. Mohon dihalalkan juga segala makan minum dan ilmu yang telah dicurahkan kepada saya secara sengaja ataupun tidak. Terima kasih atas segala jasa baik semua terhadap saya.
Turut dimohon maaf kepada rakan-rakan yang tak sempat saya bertemu dan berjabat salam buat kali terakhir. Harap tiada yang berkecil hati.
Semoga hubungan silaturrahim yang telah terbina ini akan berkekalan selama-lamanya.
Sekian.
Wassalam..
SHARIDA MOHD YUSOF
No comments:
Post a Comment