BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

4.3.10

Cahayamata : Puan Wan Anisah Bt Wan Razak (UAPT)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

 
Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Wan Anisah Bt Wan Razak (UAPT) telah selamat melahirkan bayi lelaki seperti butiran di bawah :-
Tarikh : 3 Mac 2010
Masa   : 8.25 malam
Berat  : 3.14 kg
Hosp   : Hospital Putrajaya
              (Wad 2B, Katil 12)
Tahniah diucapkan.

1.3.10

Boss Yang Macho

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar.
Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas,
bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu.

So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot.
Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok
nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit.
Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan
memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya
dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap

Bos tu menjawap,

"Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI.
KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN"

Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye,
seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat!
Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.
Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye,
dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,

"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,

"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun"

24.2.10

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yaasin

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.

Kepada Warga BPM,

Adalah dimaklumkan satu Majlis Tahlil dan Bacaan Yaasin akan diadakan bagi mendoakan kesejahteraan Puan Nordiana Binti Abd. Rahman yang sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya. Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dijemput hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 25 Februari 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Ruang Legar UPPDKS

2. Pihak BAKSUS juga akan menjalankan kutipan sumbangan ikhlas bagi meringankan beban beliau dan ahli keluarga. Kutipan sumbangan akan diadakan selepas majlis tersebut.

23.2.10

ISTILAH KITA

Seingat saya, ada seorang rakan ketika zaman menelaah dulu mentertawakan saya (sungguh sakit hati bila ingat ni....) bila saya menyebut perkataan "Subjek Rangkaian" berbanding "Network". Agaknya si rakan saya ini berpandangan betapa kolotnya saya kerana menyebut perkataan tersebut dalam Bahasa Melayu sedangkan rakan saya itu biasa menyebutnya dalam Bahasa Inggeris.

Oh, ini belum lagi kalau saya menyebut "apungan" dan "pisang sejoli" untuk float dan banana split. Mungkin rakan saya ini akan ketawa terbahak-bahak pula dan mungkin juga ada yang tersenyum sinis ketika membaca entri ini.

Namun demikian, tidak salah untuk menggunakan istilah Bahasa Melayu yang sesuai daripada menggunakan Bahasa inggeris. Bukankah itu akan lebih memperkasakan Bahasa kita. Di sini saya kongsikan senarai istilah daripada laman Puan Nisah Hj Haron dan Sdr. Azhar Salleh untuk manfaat kita bersama.

•apartment - PANGSAPURI
•back-drop - LATAR PENTAS
•bungee jumping - TERJUN LELABAH
•cash and carry - BAYAR DAN BAWA
•check-in - DAFTAR MASUK
•check-out - DAFTAR KELUAR
•clearance sale - JUALAN PERABIS
•coffee garden - UJANA KOPI
•coffee house - LAMIN KOPI
•coffee shop - KEDAI KOPI
•coffee terrace - ANJUNG KOPI
•countdown - KIRA DETIK
•cybercafe - KAFE SIBER
•fitting room - BILIK ACU
•homepage - LAMAN
•homestay - PELANCONGAN DESA
•homestead - TERATAK DESA
•hypermarket - PASAR RAYA BESAR
•jumbo sale - JUALAN RAKSASA
•kiosk - KIOS/PONDOK
•lakeside - PINGGIR TASIK
•lounge - PERISTIRAHATAN
•megamall - MEGAPURA
•parkview - HADAP TAMAN
•penthouse - MEGAPURI
•resort - PERSANTAIAN
•roadshow - JERAYAWARA
•shop and pay - BELI DAN BAYAR
•shuttle bus - BAS ULANG-ALIK
•steamboat - STIMBOT
•summer camp - KEM BINA DIRI
•talkshow - BICARAWARA
•tea garden - UJANA TEH
•teleconference - TELESIDANG
•theatrette - TEATER MINI
•unplugged - NIRPLAG
•user-friendly - MESRA PENGGUNA
•virtual chat - BUAL MAYA
•waiter - PRAMUSAJI
•waitress - PRAMUSAJI
•waterfront - PINGGIR AIR
•webaholic - GILA WEB
•wet kitchen - DAPUR BASAH
•software - PERISIAN
•hardware - PERKAKASAN
•pause - JEDA
•ballroom - DEWAN BESAR
•banquet - BANKUET
•buffet - BUFET
•cocktail - KOKTEL
•deluxe room - BILIK MEWAH
•double room - BILIK KELAMIN
•function room - BILIK MAJLIS
•download - MUAT TURUN
•access - CAPAIAN
•budget hotel - HOTEL JIMAT
•banana split - PISANG SEJOLI
•float - MINUMAN APUNG

18.2.10

Ketika Cinta Berbuah Syurga

Kepada sesiapa yg berkelapangan pada hujung minggu ini, Ahad (21/02/10), jemputlah datang beramai-ramai ke program Talkshow di Masjid As-Syakirin, KLCC pada pukul 9.30 pagi - 1.00 tengahari
Penampilan kali ini ialah Ustaz Fauzi Mustapha (pengacara Al-Kuliyyah, TV3) yang akan mengulas tajuk "Ketika Cinta Berbuah Syurga".... 
Masuk adalah percuma...
Moga kita semua akan dianugerahkan ilmu yang bermanfaat utk bekalan hidup kita yg sementara ini...ameen

HOW I GOT RICH

A young man asked an old rich man how he made his money. The old guy fingered his worsted wool vest and said, "Well, son, it was 1932. The depth of the Great Depression. I was down to my last nickel.

"I invested that nickel in an apple. I spent the entire day polishing the apple and, at the end of the day, I sold the apple for ten cents.

"The next morning, I invested those ten cents in two apples. I spent the entire day polishing them and sold them at 5:00 pm for 20 cents.
I continued this system for a month, by the end of which I'd accumulated a fortune of $1.37.

"Then my wife's father died and left us two million dollars."