Salam buat semua,
Sekadar ingin memaklumkan bahawa sekiranya ada diantara warga Baksus yang sudi bersama bersatu utk menyertai Jamble Sale semasa perhimpunan Dwi-Bulanan yang akan datang, sila maklumkan kpd AJK Biro Ekonomi, Baksus.
Berikut adalah maklumat lanjut berkaitan Jumble Sale tersebut :
JUMBLE SALE BAKSUS KALI KE-2:
Tarikh : 4 Ogos 2010 (Rabu)Tempat : Dewan Makan Aras 3, E11
Jualan bermula sebelum dan sejurus tamatnya Majlis perhimpunan Dwi-Bulanan lebih kurang jam 10 pagi.
YURAN PENYERTAAN:
- RM5.00 sahaja untuk 1 penyertaan
- Terhad kepada 10 meja sahaja (first come first serve)
- Sekiranya ada sesiapa yang ingin berkongsi tapak untuk item jualan berbeza pun boleh, tetapi penyertaan dikira berdasarkan peserta
- Sumbangan ikhlas daripada peserta selepas jualan amat dialu-alukan (anggaplah sebagai zakat :))
- Hasil kutipan daripada yuran pendaftaran Jumble Sale ini akan digunakan untuk Jamuan Raya 2010 BPM.
SYARAT PENYERTAAN:
- Khas untuk penyertaan individu sahaja.
- Sekiranya berminat untuk menyertai jualan ini sila maklumkan kpd AJK Ekonomi sebelum 28 Julai 2010 (Rabu)
- Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan program ini juga boleh diajukan kepada AJK Ekonomi
- Semua peserta yang telah berjaya mendaftar, mesti berada di tapak jualan masing-masing seawal jam 7.30 pagi
Peserta yang berminat sila berikan data seperti berikut kepada AJK Ekonomi :
1. Nama :
2. No Tel :
3. Item Jualan :
***************************************************************************
AJK EKONOMI BAKSUS:
Norhaliza Nali (ext. 3595)
Shahru Mizan Aziz (ext. 3672)
Siti Norliayana Markuni (ext. 3651)
Sekian, terima kasih.
