BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

31.5.10

Cahayamata : Puan Mas Suwarni Binti Ismail (UPDKI)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia 

Sukacita dimaklumkan Puan Mas Suwarni Binti Ismail (UPDKI) telah selamat melahirkan bayi lelaki seperti butiran tersebut:-


Tarikh : 31.05.2010

Berat : 3.0 kg

Hosp : KPMC Kajang

Tahniah diucapkan daripada semua warga BAKSUS.


26.5.10

Keputusan Keseluruhan Pertandingan DOMINO

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.


Berikut adalah keputusan pertandingan acara DOMINO.

Tahniah diucapkan kepada Pasukan DELTA

25.5.10

JUMBLE SALE!!!!

AKAN DATANG DI BPM!!!!! 31 MEI YANG BAKAL MENGGEGARKAN!



Anda ada banyak item yang ingin di let go tetapi tidak ada platform melakukannya?
Andalah yang kami cari untuk menyertai JUMBLE SALE ini!

Mudah sahaja, ikuti langkah berikut:
• Daftarkan item yang hendak di let go sebelum 28 Mei 2010 (pastikan item masih berkeadaan baik)
• Tetapkan harga tawaran (Nak sumbang terus kepada BAKSUS pun OK!)
• Sekiranya barang anda terjual, BAKSUS akan bayar harga tawaran anda.
atau,
• jika anda ada produk sendiri untuk dipasarkan apa tunggu lagi... meriahkan jualan ini dengan produk anda
• tidak kira anda adalah pengedar Tupperware, Bio-aura, Avon, Cosway, jersi bola...
• Rundingkan sumbangan anda dengan kami... percayalah kami bukanlah demand sangat... :)

Mudah je kan? Jom la apa lagi, keluarkan item di stor anda daripada terbiar dan lusuh.

CEPAT BERTINDAK!!! Kami ada ramai yang ingin memiliki barangan anda....

Hubungi Biro Ekonomi BAKSUS:
Zaileha (3572), Nadiyah, (3548), Lyana (3651), Hanif (3550)

24.5.10

Walimah: Maimunah Ismail (UAPT)

Walimatul Urus

Dengan penuh kerendahan hati kami mewakili Cik Maimunah Ismail (UAP) menjemput semua warga BPM ke Majlis Perkahwinan beliau

Tarikh : Ahad (30 Mei 2010) bersamaan 16 JamadilAkhir 1431 Hijrah
bertempat : Dewan Sri Delima, Kompleks Sukan PKNS, Jln SS7/20, Kelana Jaya, Selangor.

Semoga dengan kehadiran anda semua dapatlah memeriahkan lagi majlis berkenaan.

21.5.10

Keputusan Keseluruhan Pertandingan Congkak

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera,

Berikut adalah keputusan Pertandingan Congkak pusingan akhir pada hari ini, pertembungan sengit antara Rumah Alpha dan Delta, untuk merebut tempat Ke-1 dan Ke-2.


 Alpha
Delta
Permainan #1
1
2
Permainan #2
1
2
Permainan #3
1
2
Permainan #4
2
0
Permainan #5
0
2
Jumlah Mata
5
8





Dengan rasminya, diumumkan, pemenang tempat ke-2 dimenangi oleh Rumah Alpha dan tempat ke-1 pula jatuh kepada Rumah Delta!



*******************************************
Keputusan Kedudukan Rumah Sukan bagi permainan congkak
*******************************************
1. Delta
2. Alpha
3. Gamma
4. Beta

Tahniah diucapkan kepada rumah semua rumah serta syabas kepada para peserta, penyokong mahupun penonton atas semangat kesukanan yang ditunjukkan.

19.5.10

Keputusan Tempat Ke-3 Dan Ke-4 Pertandingan Congkak

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Berikut adalah keputusan Pertandingan Congkak BPM di antara pasukan Rumah Beta dan Gamma untuk merebut tempat Ke-3 dan Ke-4.




 Beta
Gamma
Permainan #1
0
2
Permainan #2
0
2
Permainan #3
1
2
Permainan #4
0
2
Permainan #5
0
2
Jumlah Mata
1
10



Dengan rasminya, diumumkan, pemenang tempat ke-3 dimenangi oleh Rumah Gamma dan tempat ke-4 pula jatuh kepada Rumah Beta!

Tahniah diucapkan kepada rumah Gamma dan Beta serta syabas kepada para peserta, penyokong mahupun penonton atas semangat kesukanan yang ditunjukkan.