BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

20.6.11

Salam Perpisahan buat semua...

Assalammualaikum , Salam Sejahtera


Tuan/Puan Warga BPM yang dihormati

Pada 23 June 2011, adalah hari terakhir tempoh perkhidmatan saya dengan kerajaan. Saya bertugas di bahagian ini dari th 1988-2011. Hampir 23 th sudah lamanya. Sebelum nya saya bertugas di Incometax dan Perkeso. Pada 24 June 2011, hari bermulanya saya bergelar seorang pesara.

Melalui perantaraan ini, saya dengan rendah hati dan tulus ikhlas , mengambil kesempatan memohon kemaafan diatas segala keterlanjuran tutur kata dan salah laku dalam perbuatan , baik yang disengajakan atau tidak, yang disedari atau tidak disepanjang saya bertugas di BPM ini. Minta halalkan termakan dan terminum.

Saya juga mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada mana- mana pegawai dan kawan-kawan sejawatan , yang telah memberi kerjasama dan tunjuk ajar semasa saya menjalankan tugas harian. Khusus nya dengan kakitangan UPPDKS dan UAP. Saya berdoa agar tali siratulrahim yang telah terjalin akan terus berkekalan tiada penghujung nya dan semoga Allah memberkati kehidupan kita dan segala usaha yang akan dilaksanakan kelak.

Pada yang nak jadi Raja Sehari tu..jangan lupa hantar kad pada saya. Insaallah , boleh le..datang.

Akhirkata , Selamat Maju Jaya kepada semua Warga BPM

Terimalah serangkap pantun dari saya:



Bila deman , badan gelisah
Telah ubat berlalu pergi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Allah berjumpa lagi

Sungai Perak, berarus dimuara
Perahu mudik membawa padi
Sungguh pun jauh dah bersara
Warga BPM tetap dihati


Sekian , terima kasih. Bye…



Sharifah Binti Abd Samad
No 4 Jalan BSE 4/24 ,
Bandar Seri Ehsan, Banting
42700 Selangor
Tel: 019 2187704
Rum: 03 31804501

4.6.11

Salam Perpisahan

Assalamualaikum wrt dan Selamat Sejahtera,


Warga BPM yang dihormati,

Hari Selasa lepas merupakan hari terakhir saya setelah berkhidmat selama 6 tahun di BPM. Sepanjang tempoh perkhidmat di BPM, saya telah ditempatkan di Unit Aplikasi Pengurusan Pentadbiran (UAPT). Untuk makluman, saya telah ditawarkan kenaikan pangkat, memangku F44 di Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat di Perbendaharaan Malaysia bermula 1 Jun 2011.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga BPM terutama pihak pengurusan BPM, Tn. Hj Wan Yusoff Wan Yaacob, Tn. Syed Mohd. Gawi Syed Agil, Pn. Hjh. Zabidah Ibrahim dan semua KPSU khususnya KPSU UAPT – Puan Noraida Mohd Nadzir, yang telah banyak memberi bimbingan, panduan , berkongsi pengalaman serta memberi kepercayaan dalam menjalankan tugasan.

Kepada semua rakan-rakan UAPT, terima kasih yang tak terhingga diucapkan di atas kerjasama, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang berada di sini.

Jutaan terima kasih juga buat semua warga BPM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan kerjasama ketika saya menjalankan tugas harian. Segala kenangan manis di BPM akan sentiasa tersemat di sanubari walau di mana saya berada, insyaAllah.

Akhir kata, saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata atau perbuatan sama ada disedari atau tidak yang telah menyinggung hati dan perasaan sepanjang saya mengenali tuan/puan/saudara/saudari.

Akhir kata, tempat jatuh lagi dikenang.. Inikan pula tempat posting pertama. Semoga hubungan silaturrahim yang telah terbina ini akan berkekalan selama-lamanya.

Sekian, semoga kita berjumpa lagi.



AINI HAYATI BINTI LUEY

10.5.11

Pertandingan Boling BAKSUS Tahun 2011

Pihak BAKSUS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua ahli BAKSUS yang telah sama-sama menjayakan pertandingan boling BAKSUS Tahun 2011 yang telah berlangsung pada 9 April 2011 yang lepas di ARL Bowl Alamanda.

Penghargaan khas ditujukan kepada Penaung BAKSUS iaitu Tuan Haji Wan Yusof bin Wan Yaacob dan isteri yang telah sudi hadir untuk menyampaikan hadiah dan untuk makluman semua, Tuan Haji Wan Yusof bin Wan Yaacob dan Tuan Syed Mohd Gawi bin Syed Agil telah bermurah hati untuk menaja piala dan hamper kepada pemenang-pemenang pertandingan ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada Ketua-ketua Unit yang telah sudi menyumbang hamper untuk cabutan bertuah dan sama-sama menjayakan pertandingan ini iaitu En. Mohd. Salleh bin Supian, Puan Sharifah binti Awi, Puan Nor Hayani binti A.Salam, Puan Narizan binti Atan dan Puan Noraida bt Mohd. Nadzir.

Terima kasih juga diucapkan kepada AJK BAKSUS dan Pengacara Majlis iaitu Puan Norfila binti Mohd Ramli yang telah sudi menaja hamper untuk cabutan bertuah.

Berikut adalah senarai pemenang pertandingan yang julung-julung kali diadakan oleh BAKSUS:

Tempat Pertama:
Boboboi (1498 pin)

Tempat Kedua:
Poke Sayung (1409 pin)

Tempat Ketiga:
Tokey Emas (1344)

Peserta Lelaki Terbaik: 
Raihan UPPDKS

Peserta Wanita Terbaik: 
Siti Zaileha

Anugerah Khas Juri: 
Diana Ezlee


Gambar-gambar di sekitar pertandingan tersebut:-





 Gambar-gambar lain boleh dilayari di album ini.


Akhir sekali, penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah juga kepada semua pemain boling yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi!

Walimatul Urus

BAKSUS mewakili pasangan pengantin Mohd Shahrizal Bin Nasir (x UPPDKS) dan Nur Fitriyyah Binti Azahar dengan sukacitanya menjemput tuan/puan ke majlis perkahwinan mereka seperti butiran berikut:-


Hari/Tarikh: 
Sabtu 4 Jun 2011 (2 Rejab 1432H)

Bertempat di: 
No. 73, Jalan TK 2/8, Taman Kinrara Seksyen 2, 
Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur


Lihat peta.


Semoga kehadiran warga BAKSUS akan memeriahkan majlis pasangan pengantin ini.

Berita Kelahiran

BAKSUS ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada..

PN AZMAMERA BT SULAIMAN (UPPDKS)

yang selamat melahirkan cahayamata kelima beliau..

Tarikh: 12 April 2011
Jantina: LELAKI
Masa Kelahiran: 2.30 ptg
Berat: 3.50 kg

dan juga

PN MAIMUNAH BT ISMAIL (UAP)

yang selamat melahirkan cahayamata pertama beliau..

Tarikh: 4 April 2011
Jantina: Perempuan
Masa Kelahiran: 6.33 ptg
Berat: 2.73 kg


Tahniah diucapkan dan semoga berjaya mendidik anak yang cemerlang!