BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

4.3.11

Jemputan ke Wacana Besama GCIO,AGM PERJASA dan Majlis Jamuan Makan Malam PERJASA 2011



Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan


Jemputan ke Wacana Besama GCIO, AGM PERJASA dan Majlis Jamuan Makan Malam PERJASA 2011

Tuan/ Puan,

Saya mewakili semua AJK PERJASA Barisan 2009/2011 ingin menjemput semua PTM yang ahli atau bukan Ahli untuk menghadiri program PERJASA seperti berikut:

Tarikh : 1 April 2010 (Jumaat)
Tempat : Hotel Equatorial Bangi
Masa : 3.00 - 5.00ptg - Wacana Bersama GCIO ( Dato’ Dr. Nor Aliah Bt Mohd Zahri)
5.00 - 6.00ptg - AGM PERJASA Kali ke 20
7.30-11.00mlm - Makan Malam PERJASA

Sehubungan dengan itu, semua PTM dijemput menghadiri program ini. Sebarang pertanyaan dan maklumbalas kehadiran tuan/puan boleh dihantar terus kepada saya melalui email atau senarai AJK seperti berikut.

1. Dr William Voon (wvoon@mampu.gov.my)
2. Ruzila Jusoh (ruzila@moa.gov.my)
3. Khairul Azrin Bin Khairudin( khairulazrin@mampu.gov.my )
4. Muhamad Apian Saidin (apian@macgdi.gov.my)

2. Bagi mendapat maklumat terkini berkaitan aktiviti/program PERJASA ,tuan/puan juga diminta untuk melayari laman sesawang PERJASA di http://perjasa.org.my .

3. Bagi menampung kos perbelanjaan pada Majlis tersebut, pihak kami memohon jasa baik Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan untuk membayar seperti jadual di bawah melalui wakil agensi yang dilantik sendiri ataupun terus ke akaun perjasa (PERSATUAN JURUANALISA SISTEM SEKTOR AWAM (PERJASA)di CIMB Bank (No akaun 16010000489109) dan sila maklumkan bukti pembayaran kepada Bendahari Perjasa melalui email masitah@mmea.gov.my Pembayaran hendaklah dibuat sebelum atau pada 18 Mac 2011.

Program Bayaran Ahli Bayaran Bukan Ahli
Wacana bersama GCIO Percuma Percuma
AGM PERJASA Percuma (perlu memperbaharui keahlian RM 24/setahun) Tidak dibenarkan hadir kecuali mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu (RM10 - Pendaftaran, RM24 - Tahunan = RM34)
Majlis Makan Malam RM 30 RM 40

4. Borang pengesahan kehadiran boleh diisi di pautan:

Pengesahan kehadiran ke AGM PERJASA & Wacana Bersama GCIO
Pengesahan kehadiran ke Majlis Jamuan Makan Malam PERJASA 2011

5. Muat turun surat jemputan dipautan berikut :


Wacana Ilmu Bersama Goverment Chief Information Officer (GCIO)
Mesyuarat Agung PERJASA kali ke 20
Jamuan Makan Malam PERJASA
Borang usul untuk AGM


Sekian, terima kasih.


Siti Norbaya Bt Shaharul Anwar
Setiausaha PERJASA 2009/2011
Tel:03-8886 3287
HP:016-3192733



p/s : Oleh kerana tempat adalah terhad sebanyak 200 tempat sahaja...jadi siapa cepat dia dapat!
Doorgift akan diberikan kepada sesiapa yang datang sahaja!

2.3.11

Salam Perpisahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Tuan/Puan Warga BPM yang dihormati

Hari ini merupakan hari terakhir saya berkhidmat di BPM . Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga BPM terutama pihak pengurusan tertinggi, Tuan SUB, Tuan TSUB (SDKI), Puan TSUB (SAKN), di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan, khasnya KPSU UPPDKS – Puan Sharifah Awi dan pegawai-pegawai UPPDKS yang banyak membantu dan memberi kerjasama serta kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan.

Kepada semua rakan-rakan juruteknik, jutaan terima kasih diucapkan di atas kerjasama, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang berada di sini. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan buat semua warga BPM yang terlibat secara langsung mahu pun tidak dalam memberikan kerjasama ketika saya menjalankan tugas harian.

Akhir kata, dengan rasa rendah hati saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata atau perbuatan samada disedari atau tidak, yang telah menyinggung hati dan perasaan rakan-rakan sekalian, sepanjang saya mengenali tuan/puan/saudara/saudari. Mohon dihalalkan juga segala makan minum dan ilmu yang telah dicurahkan kepada saya secara sengaja ataupun tidak. Terima kasih atas segala jasa baik semua terhadap saya.

 
-Shahrizal Nasir-

Salam perpisahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Buat semua warga BPM yang di sayangi…

Pada hari ini adalah hari terakhir saya bertugas di sini… saya akan bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam pada 2/3/2011. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga BPM terutama pihak pengurusan tertinggi, Tuan SUB, Tuan TSUB (SDKI), Puan TSUB memberi kerja sama dengan saya. Terutama pada pada KPSU UPPDKS Puan Sharifah Awi.

Saya ingin memohon maaf kepada pegawai atau rakan-rakan yang belum saya temui, di sebabkan kesuntukan masa. Akhir kata, dengan rasa rendah hati saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata atau perbuatan samada disedari atau tidak, yang telah menyinggung hati dan perasaan rakan-rakan sekalian, sepanjang saya mengenali tuan/puan/saudara/saudari. Mohon dihalalkan juga segala makan minum dan ilmu yang telah dicurahkan kepada saya secara sengaja ataupun tidak. Terima kasih atas segala jasa baik semua terhadap saya.


-Zuraida Badri-

1.3.11

Blackberry Curve 8320

Tuan/Puan,


Kepada yang berminat dengan handphone di atas diberi pilihan 5 colour…hitam/putih/silver/grey/maroon. Harga adalah RM500 tidak termasuk memory card…Memory card 4Gb dengan harga RM30 boleh dibeli di lowyat. HP adalah baru dengan warranty 1 tahun. Berminat boleh hubungi saya.

-Nuurinazlin-

25.2.11

Pertandingan Bowling BAKSUS 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Warga BPM ,

Adalah dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Biro Sukan BAKSUS Sesi 2009/2011 BPM akan menganjurkan Pertandingan Bowling BAKSUS 2011 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 01 April 2011 (Jumaat)
Masa : 2.00 petang - 5.30 petang
Tempat : ARLBOWL ALAMANDA PUTRAJAYA
Tarikh Tutup Penyertaan : 25 Mac 2011 (Jumaat)
Satu Kumpulan : 3 orang
Yuran pendaftaran : RM10 Seorang (2 permainan + kasut)
Hadiah pertandingan : Tempat Pertama - Keempat
Hi-Game Award (L/P)
Cabutan bertuah : Hadiah hamper ada disediakan kepada 10 orang warga BPM yang bertuah.

2. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini adalah bertujuan bagi mengeratkan tali silaturahhim di antara kakitangan BPM serta mencungkil bakat-bakat bagi mewakili BPM di dalam Majlis Sukan yang akan dianjurkan oleh MESCA kelak. Bagi warga BPM yang berminat untuk mewakili dalam pertandingan ini bolehlah memberi nama kepada saya berserta dengan yuran pendaftaran setiap kumpulan (RM30) pada atau sebelum tarikh tutup penyertaan. Penyertaan adalah terhad iaitu sehingga 10 kumpulan sahaja, siapa cepat dia dapat!

3. Untuk makluman hanya peserta yang menyertai pertandingan ini dan urusetia sahaja diberi pelepasan pada waktu bekerja oleh SUB BPM. Saya mewakili pihak AJK Biro Sukan BAKSUS berharap mendapat perhatian dan kerjasama dari warga BPM untuk menyertai pertandingan ini.


Sekian, terima kasih.


"MAJULAH SUKAN UNTUK BPM"


Shaidawati Binti Jusoh
Biro Sukan BAKSUS BPM

24.2.11

Larian Bangi Perdana 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Larian Bangi Perdana 2011

Larian Bangi Perdana 2011 will be held on 27th February 2011.

Categories & Distances:-

A:Men's Open (18 and above) - 10KM
B:Men's Veteran (40 and above) - 7KM
C:Men's Senior Veteran (50 and above) - 7KM

D:Women's Open (18 and above) - 10KM
E:Women's Veteran (40 and above) - 7KM
F:Women's Senior Veteran (50 and above) - 7KM

G:Boys (13 to 17) - 7KM
H:Girls (13 to 17) - 7KM

I:Family Run (children below 12) - 3KM
J:Corporate Run (18 and above) - 10KM

Cash prizes will be awarded to top 10 of each category.

For more information, call 014-7344 303 (Noor).

Tags : Larian Bangi Perdana 2011

Registration Details

Registration starts : 01 Feb 2011 to 26 Feb 2011
For the Details info : Click here

Entry info & costs:-

RM10 per participant for all categories.

Registration can be made at Ground Floor, Kompleks PKNS B.Baru Bangi from 9th - 26th February 2011.

Alternatively, you can post registration forms and payments to Bangi Industry Administration Association, Pusat Rawatan Islam Az-zahrah, No. 34, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor D.E