BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

13.8.10

Berita Kelahiran Cahayamata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Saudara Masriza Zainal Abidin, pegawai kontrak UAPT mendapat cahayamata perempuan kembar seperti butiran tersebut:-

Tarikh : 11hb Ogos 2010 / 1 Ramadhan 1431H
Berat : 2.2 kg kedua-duanya
Hosp : Hospital Ampang

11.8.10

Solat tahajud dapat perkukuh iman, elak perbuatan khianat


Assalamualaikum warahmatullah, 

 
Alhamdulillah, satu lagi tazkirah untuk renungan kita bersama. Saya sering tertanya-tanya, mengapa saya begitu 'liat' untuk bangun bertahajud? Niat sudah dipasang sebelum tidur, tetapi sering kali tertewas untuk bangun. Jika terjagapun, cepat saja tangan menarik selimut dan terus terlelap semula,bergayut- gayut syaitan di kelopak mata... Alangkah ruginya saya rasa kerana masih tidak mampu melawan penangan nirrojiim... Bila membaca hadis di bawah, uiks... barulah saya tahu punca mengapa saya amat sukar untuk bangun bertahajud. Bukan sekadar ditarik-tarik kelopak mata kita, malah 'dikerjakan'nya pula telinga kita... Astaghfirullah hal adziim...
DARIPADA Abdullah, katanya: "Diceritakan kepada Rasulullah, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam hingga Subuh. Maka bersabda Rasulullah: Orang itu telah dikencing oleh syaitan di kedua-dua telinganya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Menurut JAKIM, mengambil berat mengenai solat akan menjadikan seseorang Muslim bebas serta aman daripada gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat menyebabkan syaitan akan mengambil peluang berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.

Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajud) adalah amalan sangat dituntut oleh Islam bahkan boleh menjadikan iman seseorang itu kuat. Amalan itu juga mampu menjadi benteng menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.

Islam menyarankan umatnya berwuduk sebelum tidur, membaca ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap.

Abu Hurairah meriwayatkan: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke pagi.” 

 

Marilah kita sama-sama menanam semangat untuk menambahkan ibadah kita. Jika tiada upaya, pasang niatpun cukuplah agar tertanam mangkin untuk menggerakkan kita agar berjaya melakukannya suatu hari nanti, insya Allah. Amiin.
 
Renung-renungkan, semoga mendapat berkat bulan Ramadhan.

Pastikan Keselamatan Kenderaan Anda


sekadar gambar hiasan
Pagi ini kami menerima satu emel memaklumkan bahawa telah berlaku 3 kes kecurian kereta di tempat letak kenderaan terbuka di Parcel E dan salah satu daripadanya melibatkan warga KPM.  

Buat masa ini kes tersebut masih lagi di dalam siasatan pihak polis dan kenderaan-kenderaan yang menjadi sasaran adalan kereta-kereta import dan mewah. Jadi kepada rakan-rakan yang mempunyai risiko yang tinggi lebih berhati-hati. Tapi ini tidak bermakna orang lain yang mempunyai kereta biasa-biasa boleh sambil lewa. 

Kalau anda ternampak aktiviti mencurigakan cepat-cepat laporkan kepada pihak berkuasa. Kalau handphone ada kat tangan cepat-cepat dail nombor BACC (Bukit Aman Control Center) supaya tindakan segera Balai Polis berhampiran. Kalau boleh simpan nombor ni untuk kecemasan 03-2262 7555 / 6555. Keprihatinan anda boleh menyelamatkan harta benda dan nyawa

Pesanan ikhlas ini dibawakan oleh Baksus




10.8.10

Ucapan Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Assalamu'alaikum,

Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu jadi orang yang bertaqwa", al-Baqarah:183

Kepada semua warga Baksus selamat menyambut Ramadhan penuh berkat dan hikmah serta barakah. Anda dialu-alukan untuk menyampaikan ucapan dalam komen untuk disampaikan kepada teman-teman yang lainnya. Eloklah juga bermaaf-maafan semoga ibadah puasa kita tambah sempurna. Insya-Allah.

Kepada yang ingin mengambil peluang menurunkan berat badan atau berhenti merokok, elok sangatlah tu... semoga berjaya.


6.8.10

Mutiara Kata Hari Ini


"JANGAN SANGKA BAHAWA ANDA AKAN DIBERIKAN ANUGERAH DALAM SEGALA HAL, TETAPI YAKINLAH  BAHAWA ANDA AKAN MENDAPAT BANYAK KEBAIKAN. SEDANGKAN JIKA ANDA BERFIKIR BAHAWA ANDA AKAN MENDAPAT SELURUH ANUGERAH DAN PEMBERIAN, MAKA HAL ITU ADALAH MUSTAHIL."

(Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni)

Gambar² Di Sekitar Jumbo Sale Kali Ke-Dua

Berikut adalah beberapa gambar di sekitar Jumbo Sale Baksus Kali Ke-Dua yang telah diadakan pada 4 Ogos yang lepas.