BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

30.3.10

KEMPEN DERMA DARAH

Date: Wednesday, March 31, 2010
Time: 9:00am - 4:00pm
Location: Ruang Lobi Pesakit Dalam Hospital Putrajaya

Jabatan Patologi Hospital Putrajaya dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Putrajaya akan menganjurkan Kempen Derma Darah dengan ketetapan seperti berikut:Tarikh : 31 March 2010Masa : 9.00 pagi- 4.00 PetangTempat : Ruang Lobi Pesakit Dalam Hospital PutrajayaUntuk maklumat lanjut sila hubungi SHAZIRA YAHYA, PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM, HOSPITAL PUTRAJAYA (TEL:03-8312 4200 EXT 1806).
Perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Bersama-samalah kita membantu menyelamatkan nyawa sesama insan kerana setitik darah yang didermakan mampu menyelamatkan 1 nyawa insan tersayang.

Kembara Taman Putrajaya 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam 1Malaysia

Bersama-sama ini disertakan makluman berhubung program Kembara Taman Putrajaya 2010 anjuran Perbadanan Putrajaya yang akan diadakan pada 10 April 2010 bertempat di Taman Wetland Putrajaya, Presint 13.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk maklumat yang tertera dibawah.

Sekian  terima kasih.


Cahayamata : Puan Siti Hajar Ruidah Mohamad (UPPDKS)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Siti Hajar Ruidah Mohamad (UPPDKS) telah selamat melahirkan anak pertama seperti butiran di bawah :-
 
Bayi     : Perempuan
Tarikh : 28 Mac 2010
Masa   : 1 pagi
Berat  : 3.06 kg
 
Tahniah diucapkan.

25.3.10

Majlis Bacaan Talil Dan Doa Selamat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Sepertimana tuan/puan sedia maklum salah seorang warga BPM kita iaitu Puan Nordiana Abd Rahman telah kembali ke rahmatullah pada 13 Mac 2010 yang lalu.

3. Sehubungan dengan itu, Biro Kebajikan dan Agama, BAKSUS akan mengadakan satu Majlis Bacaan Tahlil dan Doa Selamat seperti ketetapan berikut :

Tarikh :26 Mac 2010 (Jumaat)
Masa : 8.35 pagi
Tempat : Ruang Legar UPPDKS (Aras 3)

4. Di samping itu, pihak BAKSUS juga ingin mengadakan sedikit kutipan ikhlas bagi tujuan di atas. Sila berhubung dengan AJK Kecil Biro yang telah dilantik di setiap unit masing-masing untuk memberikan sumbangan anda.

4. Di atas segala sumbangan dan kerjasama tuan/puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.
Pengerusi
Biro Kebajikan dan Agama
Badan Kebajikan Sukan Dan Sosial (BAKSUS)

24.3.10

Aktiviti Terkini Biro Sukan

Putrajaya Night Marathon

Pada 6 Februari 2010, Muhamad Tarmizi Mat Husin (UAP) dan Banumathy Sundram (UPK) telah menyertai acara tersebut yang julung kalinya diadakan di Putrajaya. Mereka berdua yang menyertai kategori 21 km telah berjaya menghabiskan perlumbaan dan mendapat finisher medal. Tahniah diucapkan!


KL International Towerthon 2010

Seramai 3 orang warga BPM iaitu Banumathy Sundram (UPK), Norzaidah Mohammad Nor (UPDKI) dan Khairul Fadhli Abdul Karim (UAPT) telah menyertai acara ini yang diadakan pada 21 Mac yang lepas dan masing-masing membawa pulang finisher medal. Berikut adalah gambar sekitar acara tersebut.
















Tahniah buat Puan Banumathy Sundram



Salah seorang warga BPM, Puan Banumathy Sundram telah memenangi pingat perak dalam acara 5000m dan juga 1500m dalam 1st International Veterans Athletics Championships yang berlangsung di Pune, Mumbai, India pada 22 hingga 24 Januari 2010.

Kami bagi pihak seluruh warga BPM mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan beliau tersebut. Semoga kejayaan Puan Banumathy menjadi pencetus semangat kepada warga yang lain untuk bergiat aktif di dalam bidang sukan.