BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

16.3.10

Dermasiswa Zakat Sesi 2010/ 2011

Assalamu'alaikum & Salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan permohonan Dermasiswa Zakat Sesi 2010/ 2011
telah dibuka. Tawaran ini meliputi bidang Pengajian Islam, Bahasa Arab,
Tahfiz Qiraat dan Perubatan ke Universiti di Mesir, Jordan dan Morroco.

Maklumat lanjut mengenai tawaran ini serta borang permohonan sila klik sini.

Borang yang telah lengkap perlu dihantar sebelum atau pada 31 Mac 2010.

Maklumat lanjut sila hubungi 03-5514 3400 / 3600 sambungan 2048/2056
atau 03-55227700 sambungan 893.
 
Sekian

Lembaga Zakat Selangor (LZS), Aras 9 & 10, Menara Selatan
Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid
40000 Shah Alam, Selangor

15.3.10

Berita Dukacita Mengenai Warga BPM

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia,

Kepada semua rakan-rakan BPM, dukacita dimaklumkan salah seorang warga BPM iaitu Puan Noraida Bt Mohd Nadzir ( KPSU UAPT) telah dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan yang dihadapi beliau.

Hospital : Selangor Medical Centre
Wad : Wad 2B, Bilik 242, Aras 2

Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau segera sembuh serta dapat menjalankan tugasnya seperti sediakala.

Sekian.

Perhimpunan Dwi Bulanan Bil.2/2010

Perhimpunan Dwi Bulanan BPM

Kehadiran tuan/puan adalah diwajibkan…

13.3.10

BELASUNGKAWA - NORDIANA ABD RAHMAN

Allah lebih menyayanginya kerana beliau pergi terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi iaitu Allahyarhamah Nordiana Abd. Rahman, sahabat yang kita kasihi di BPM.

Bertugas sejak tahun 2005, Allahyarhamah Nordiana merupakan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Unit Aplikasi Peperiksaan. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada awal pagi Sabtu, 13 Mac 2010 bersamaan 28 Rabiul Awal 1431 Hijrah setelah lebih 2 minggu berada di Hospital Putrajaya.

Ahli-ahli BAKSUS telah sempat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah di Surau Al-Furqan, Presint 11, Putrajaya sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung halaman beliau di Pulau Pinang.

Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan supaya rohnya tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.

Sesungguhnya daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali.

10.3.10

Berita Dukacita Mengenai Warga BPM

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia,

Kepada semua rakan-rakan BPM, dukacita dimaklumkan warga BPM (Puan Masniah bte Abd Samad - UAPT) telah dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan yang dihadapi beliau.
Hospital : Putrajaya
Wad / Katil : Wad 2, Tingkat 2, Katil 27

Pn.Masniah baru sahaja selesai menjalani pembedahan bagi permasalahan yang dihadapi beliau.
Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau segera sembuh serta dapat menjalankan tugasnya semula.

Sekian.

Biro Penerangan BAKSUS

Walimatul 'Urus : Ab Rahman Bin Awang (UAPD)

Walimatul Urus


Dengan penuh kerendahan hati saya mewakili bakal Raja Sehari ini ingin menjemput sahabat taulan sekalian ke Majlis Perkahwinan beliau. Berikut dilampirkan kad Perkahwinan untuk makluman hadirin.

Bakal Raja Sehari itu adalah :-

Ab Rahman Bin Awang (UAPD) & Rohaizah Binti Abd Hamid


Di Alamat :-

No.5606, Batu 2 1/2 , Kg. Semabok, 7505 Melaka.

Pada 28 Mac 2010(Ahad) bersamaan 12 Rabiul Akhir 1431H

Semoga dengan kehadiran anda semua akan menyerikan lagi Majlis beliau.

Wassalam...