BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

11.2.10

Uji kepantasan menaip kamu..

Kami ingin tahu berapa pantas anda boleh menaip...

Sahut cabaran kami dengan klik di sini

SAYA SAHUT CABARAN "SIAPA PALING PANTAS MENAIP!!!

Selamat Maju Jaya!

8.2.10

KPLI: Permohonan Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Y.A.B. Tan Sri, Y.B Datuk, Y.B Dr.
Yg. Bhg. Tan Sri/Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010 akan dibuka pada 8 Februari 2010 (Isnin) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my) .

Permohonan Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010 akan ditutup pada 21 Februari 2010 (Ahad).

Sekian, terima kasih.

KPLSPM: Permohonan Mengikuti Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2010

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Y.A.B. Tan Sri, Y.B Datuk, Y.B Dr.
Yg. Bhg. Tan Sri/Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Mengikuti Kursus Perguruan Lepas SPM ( KPLSPM ) Ambilan Jun 2010 akan dibuka pada 8 Februari 2010 (Isnin) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my) .

Permohonan Mengikuti Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM ) Ambilan Jun 2010 akan ditutup pada 28 Mac 2010 (Ahad).

Sekian, terima kasih.

New Scam! : Handphone Shut Down

This is a new scam.... best to be aware about it.....let your family members know about this.

Dear all BAKSUS Member's

I cannot stop myself from sharing this with all of you.

Its all started when I received a call from someone claiming that he was from Maxis and he asked me to shutdown my phone for 2 hours for 3g update to take place. As I was rushing for a meeting, I did not question and shutdown my cell phone.

After 45 minutes I felt very suspicious since the caller did not even introduce his name. I quickly turned on my cell phone and I received several calls from my family members and the others were from the number that had called me earlier - 3954380.

I called my parents and I was shocked that they sounded very worried asking me whether I am safe. My parents told me that they had received a call from someone claiming that they had me with them and asking for money to let me free. The call was so real and my parents even heard 'my voice' crying out loud asking for help. My parent was at the bank waiting for next call to proceed for money transfer.. I told my parents that I am safe and asked them to lodge a police report.

Right after that I received another call from the guy asking me to shutdown my cell phone for another 1 hour which I refused to do and hung up. They keep calling my cell phone until the battery had run down. I myself lodged a police report and I was informed by the officer that there were many such scams reported. MOST of the cases reported that the victim had already transferred the money! And it is impossible to get back the money.

Be careful as this kind of scam might happened to any of us!!! Those guys are so professional and very convincing during calls. If you are asked to shut down your cell phone for updates by the service provider, ASK AROUND! Your family or friends might receive the same call.

Be Safe and Stay Alert!

Please pass around to your family and friends!

JARGON MAHKAMAH

1. Afidavit - Satu kenyataan bertulis atas nama seorang yang bersumpah dan menandatangani kenyataan tersebut, C,orang itu mesti berupaya membuktikan kenyataan-kenyataannya di mahkamah.
2. Alibi - Orang yang dituduh berada di tempat lain semasa kejadian berlaku.
3. Bigami - Orang bukan Islam yang berkahwin semasa perkahwinan yang pertama masih sah.
4. Certiorari - Memohon di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah.
5. Condictio - Kes yang melibatkan tindakan peribadi seseorang ke atas orang lain (kes civil).
6. Contempt of court - Menghina mahkamah atau tidak mengikut arahan dan peraturan mahkamah.
7. Culpa lata - Kesalahan yang berlaku kerana kecuaian yang ketara sehingga dianggap sengaja.
8. Defamation - Kesalahan yg melibatkan terbitan dan cetakan sesuatu maklumat palsu terhadap seseorang (fitnah).

9. Ex parte - Satu permohonan oleh plaintif (orang yang menuntut) kepada mahkamah bagi mendengar kes tetapi tanpa kehadiran pihak defendan.
10. Functus officio - Mahkamah telah menjatuhkan hukuman, oleh itu tidak boleh tukar hukuman dan membuka kesitu semula di mahkamah yang sama. . 0
11. Habeas corpus - Arahan mahkamah supaya seseorang dahun tahanan dilepaskan supaya orang itu datang sendiri untuk mendengar dan membela dirinya dalam sesuatu kes di mahkamah.
12. Injunksi - Perintah mahkamah terhadap seseorang supaya melakukan atau berhenti melakukan sesuatu sama ada untuk jangka masa sementara atau tetap.
13. Mandamus - Perintah Mahkamah Tinggi menyuruh seseorang atau agensi menjalankan togas untuk orang swam.
14. Mandatori - Satu hukuman yang sepatutnya dilaksanakan dan tidak boleh diringankan.
15. Mitigasi - Permohonan untuk mengurangkan hukuman yang telah dijatuhkan.
16. Kesalahan pejuri - Membuat sumpah (angkat sumpah) yang palsu.
17. Prima facie - Kes yang dapat diteruskan dalam mahkamah kerana mempunyai bukti-bukti yang kuat.
18. Power of attorney - Saluran rasmi yang membolehkan seseorang mendapat hak untuk mewakili dan bertindak untuk seseorang.
19. Percedent - Keputusan mahkamah mengikut fakta dalam kes-kes yang sama dan lama yang sudah pernah dibuat oleh mahkamah-mahkamah sebelumnya (duluan).
20. Sapina (subpoena) - Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah atau sesuatu tempat pads satu masa kerana sesuatu perkara yang ada kaftan dengan perbicaraan.
21. Sine die - Menghentikan dan menangguhkan kes tanpa menetapkan tarikh untuk menyambung semula sesuatu kes sebab tiada fakta yang boleti menyabitkannya.
22. Status quo - Kembali kepada keadaan atau kedudukan asal.
23. Stay of execution - Ditanggulikan atau digantung sesuatu hukuman mahkamah.
24. Ultra vires - Satu tindakan yang melampaui batas atau di luar kuasa undang-undang.
25. Writ - Satu dokumen/surat perintah yang dikeluarkan atas nama Yang di-Pertuan Agong.

2.2.10

Hari wilayah persekutuan - 1 Februari

Tanggal 1 Februari 2010 adalah hari Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan adalah gabungan 3 wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berusia 36 tahun, Wilayah Persekutuan Labuan, 26 tahun dan Wilayah Persekutuan Putrajaya berusia 9 tahun pada tahun 2010. Sambutan Hari Wilayah Persekutuan merupakan acara rasmi tahunan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Tahun ini merupakan kali keenam acara ini disambut secara bersama dengan menggabungkan ketiga-tiga Wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Bendera Kuala Lumpur

Bendera Putrajaya

Bendera Labuan

Kuala Lumpur telah ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, seterusnya menjadi ibu negara Malaysia. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya pula ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Pada tahun ini Majlis Pelancaran Sambutan dan Festival Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2010 akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sambutan pada tahun ini agak istimewa kerana majlis pelancarannya akan dirasmikan serentak oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Tema sambutan yang dipilih pada tahun ini ialah “1Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera”. Pemilihan tema ini sejajar dengan usaha mengukuhkan peranan dan sumbangan Wilayah Persekutuan terhadap kemajuan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan gagasan konsep 1Malaysia iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Walaupun pelancaran sambutan pada kali ini akan dilaksanakan secara sederhana, ianya dijangka akan lebih meriah kerana melibatkan penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa dalam bentuk perhimpunan rakyat 1Malaysia.Selain dari itu, sambutan kali ini juga akan diceriakan dengan pelbagai acara yang semestinya menarik dan menghiburkan seperti konsert artis tempatan, persembahan kebudayaan dan petunjukan bunga api.Yang pasti sambutan kali ini tetap meriah.