BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

20.6.11

Salam Perpisahan buat semua...

Assalammualaikum , Salam Sejahtera


Tuan/Puan Warga BPM yang dihormati

Pada 23 June 2011, adalah hari terakhir tempoh perkhidmatan saya dengan kerajaan. Saya bertugas di bahagian ini dari th 1988-2011. Hampir 23 th sudah lamanya. Sebelum nya saya bertugas di Incometax dan Perkeso. Pada 24 June 2011, hari bermulanya saya bergelar seorang pesara.

Melalui perantaraan ini, saya dengan rendah hati dan tulus ikhlas , mengambil kesempatan memohon kemaafan diatas segala keterlanjuran tutur kata dan salah laku dalam perbuatan , baik yang disengajakan atau tidak, yang disedari atau tidak disepanjang saya bertugas di BPM ini. Minta halalkan termakan dan terminum.

Saya juga mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada mana- mana pegawai dan kawan-kawan sejawatan , yang telah memberi kerjasama dan tunjuk ajar semasa saya menjalankan tugas harian. Khusus nya dengan kakitangan UPPDKS dan UAP. Saya berdoa agar tali siratulrahim yang telah terjalin akan terus berkekalan tiada penghujung nya dan semoga Allah memberkati kehidupan kita dan segala usaha yang akan dilaksanakan kelak.

Pada yang nak jadi Raja Sehari tu..jangan lupa hantar kad pada saya. Insaallah , boleh le..datang.

Akhirkata , Selamat Maju Jaya kepada semua Warga BPM

Terimalah serangkap pantun dari saya:



Bila deman , badan gelisah
Telah ubat berlalu pergi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Allah berjumpa lagi

Sungai Perak, berarus dimuara
Perahu mudik membawa padi
Sungguh pun jauh dah bersara
Warga BPM tetap dihati


Sekian , terima kasih. Bye…



Sharifah Binti Abd Samad
No 4 Jalan BSE 4/24 ,
Bandar Seri Ehsan, Banting
42700 Selangor
Tel: 019 2187704
Rum: 03 31804501

4.6.11

Salam Perpisahan

Assalamualaikum wrt dan Selamat Sejahtera,


Warga BPM yang dihormati,

Hari Selasa lepas merupakan hari terakhir saya setelah berkhidmat selama 6 tahun di BPM. Sepanjang tempoh perkhidmat di BPM, saya telah ditempatkan di Unit Aplikasi Pengurusan Pentadbiran (UAPT). Untuk makluman, saya telah ditawarkan kenaikan pangkat, memangku F44 di Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat di Perbendaharaan Malaysia bermula 1 Jun 2011.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga BPM terutama pihak pengurusan BPM, Tn. Hj Wan Yusoff Wan Yaacob, Tn. Syed Mohd. Gawi Syed Agil, Pn. Hjh. Zabidah Ibrahim dan semua KPSU khususnya KPSU UAPT – Puan Noraida Mohd Nadzir, yang telah banyak memberi bimbingan, panduan , berkongsi pengalaman serta memberi kepercayaan dalam menjalankan tugasan.

Kepada semua rakan-rakan UAPT, terima kasih yang tak terhingga diucapkan di atas kerjasama, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang berada di sini.

Jutaan terima kasih juga buat semua warga BPM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan kerjasama ketika saya menjalankan tugas harian. Segala kenangan manis di BPM akan sentiasa tersemat di sanubari walau di mana saya berada, insyaAllah.

Akhir kata, saya ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata atau perbuatan sama ada disedari atau tidak yang telah menyinggung hati dan perasaan sepanjang saya mengenali tuan/puan/saudara/saudari.

Akhir kata, tempat jatuh lagi dikenang.. Inikan pula tempat posting pertama. Semoga hubungan silaturrahim yang telah terbina ini akan berkekalan selama-lamanya.

Sekian, semoga kita berjumpa lagi.



AINI HAYATI BINTI LUEY