Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Perkara diatas adalah dirujuk.
Bersama-sama ini dilampirkan memo jemputan ke Majlis Persaraan Y. Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Hj. Awang sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk makluman dan tindakan Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan.
Oleh kerana terdapat pelbagai aturcara yang dijadualkan bersempena dengan persaraan Y. Bhg. Tan Sri KSU, sebagai ringkasan, di bawah adalah jadual program pada 27 Oktober 2010 untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan:
TARIKH | MASA | PERKARA | JEMPUTAN | LOKASI |
27 OKTOBER 2010 | 9.00 pagi | Mesyuarat bersama KSU dengan Ketua Bahagian/ Jabatan KPM | Ketua Bahagian/ Jabatan KPM | Bilik Mesyuarat UTAMA, Aras 6, Blok E8, Kompleks E. |
2.00 petang | Majlis Persaraan Y.Bhg. Tan Sri KSU (Majlis Amanat) | Semua warga Kementerian Pelajaran | Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Kompleks E. | |
4.00 petang | Majlis Punch Card Terakhir & bersalaman dengan warga Kementerian | Semua warga Kementerian Pelajaran | Lobi Blok E8 |
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan dipohon untuk menghubungi kami di talian 03-8884 6223/ 6265 (Pn. Ruzanna/ Pn. Siti Nor Hayati) atau melalui alamat emel ini. Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan berkenaan perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.