BAKSUS adalah sebuah badan iaitu ‘Badan Kebajikan, Sukan dan Sosial’ bagi Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia. Badan ini telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan setiap staf Bahagian Pengurusan Maklumat secara automatik menjadi ahli badan ini.

Pengikut

21.9.10

Belasungkawa


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
 
Tuan/Puan,
 
Pihak BAKSUS telah menerima berita kehilangan seorang sahabat yang juga bekas warga BPM baru-baru ini. Di dalam kegembiraan kita menyambut idulfitri yang mulia, sahabat kita yang dikasihi En. Anuar Hussain telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad 12 September 2010 di Hospital Ipoh, Perak akibat komplikasi kencing manis.
 
Sama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihah serta mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.

Berita Kelahiran Cahayamata



Sukacita dimaklumkan bahawa dua orang warga BAKSUS telah selamat melahirkan cahayamata seperti berikut:


6.9.10

Berita Kelahiran Cahayamata


Sukacita dimaklumkan bahawa Pn. Nor Wahidah binti Sarbani telah selamat melahirkan anak keduanya seperti berikut:
 
                Tarikh:                5 September 2010 (Ahad)
                Masa:                  4.56 pagi
                Tempat:              Hospital Putrajaya
                Bayi:                    Lelaki
                Berat:                  3.33kg
 
Pihak BAKSUS ingin merakamkan ucapan sekalung tahniah dan mendoakan kesejahteraan kepada Pn. Nor Wahidah  sekeluarga.
 
Sekian.Tahniah diucapkan.

3.9.10

Selamat Mmenyambut Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum,
 
Kepada Semua Warga BPM,
 
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri , Ampun Maaf dipinta.
Semoga Hari Raya ini lebih bermakna disamping keluarga dan sanak saudara tersayang.
Kepada yang pulang ke Kampung, berhati-hati di jalan raya..Ingatlah orang tersayang…
Salam Aidilfitri.....
 
 
Ikhlas Dari Baksus

Selamat Hari Lahir September 2010



Selamat Hari Lahir diucapkan buat warga BAKSUS yang dinamakan di atas. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Fakta Menarik Mengenai Gula

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh dan didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa. Walaubagaimanapun, pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan, yang membawa kepada penambahan berat badan danseterusnya berisiko mendapat penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung. Gula juga adalah menyebab utama karies gigi.


Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan Kempen Kurangkan Gula 2010 untuk mendidik rakyat tentang kesan pengambilan gula yang berlebihan seterusnya menggalakkan rakyat mempraktikkan amalan makan secara sihat.